Program eUsahawan (MDEC)
16 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini
15 Ogos 2018 – PI Linggi telah bekerjasama dengan MDEC dengan mengadakan Program eUsahawan bertempat di PI Linggi. Ianya dihadiri oleh seramai 28 orang peserta dari Giat Mara Telok Kemang, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau dan beberapa orang ahli Kelab Usahawan PI Linggi. Program ini berlansung selama 8 jam iaitu dari jam 9.00 pagi hingga ke 5 petang.
Di dalam program ini peserta didedahkan dengan teknik pemasaran digital yang merangkumi :
- Asas perniagaan.
- Teknik pemasaran melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram.
- Teknik pemasaran melalui enjin carian seperti google (Aplikasi Google Trends)
- Teknik pengiklanan FB Ads
- Teknik ‘close sales’ melalui whatsapp.
Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan dibawah MDEC ini, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital.
Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: